Sunday, October 30, 2011

Kamu Tidak Akan Ke Mana (tulis semula)

Seorang wanita memilih untuk merahsiakan identitinya daripada pengetahuan saya. Pertama kali beliau berhubung dengan saya adalah melalui panggilan telefon pada satu pagi yang hening, kira-kira seminggu selepas ayah saya meninggal dunia. Tertera perkataan 'with held' pada skrin telefon bimbit emak saya, kesan daripada satu teknologi khas bagi menyembunyikan nombor pemanggil daripada diketahui orang yang dipanggil. Taktik yang licik. Entah dari mana beliau mendapat nombor telefon emak saya, saya tidak tahu. Katanya, "saya salah seorang pembaca blog anak puan". Daripada perbualan telefon beliau dengan emak, beliau kemudiannya ingin berhubung dengan saya, kemudian telefon bimbit tersebut bertukar tangan, dan kami pun bercakap. Saya seolah-olah sedang ditemuduga oleh seorang wartawan, banyak soalan perlu dijawab.
Bukan berniat narcissistic, wanita tersebut ternyata kagum dengan Bahasa Inggeris saya. Beliau teruja kerana seorang "typical Terengganu man" (memetik kata beliau dalam Bahasa Inggeris) mampu menulis di blog dalam Bahasa Inggeris dengan begitu baik. Saya menerima pujian beliau dengan baik. Namun saya tidak pasti adakah itu pujian ikhlas atau sindiran. Ini kerana, saya tahu kebolehan saya menulis dalam Bahasa Inggeris tanpa kesalahan tatabahasa masih berada di tahap yang membimbangkan. Saya tahu ini kelemahan saya, dan saya sentiasa mahu memperbaikinya. Beliau ada juga bertanya bagaimana emak saya mendidik saya sehingga saya berada di tahap ini. Beliau berhasrat untuk melakukan perkara yang sama terhadap anak kesayangannya. Saya tidak memberikan jawapan yang memuaskan. Saya hanya merapu. Kami mengakhiri perbualan dengan satu perkara sahaja yang saya tahu tentang beliau, iatu, beliau menggelarkan diri beliau Anak Umie.
Kali ke-2 saya menerima panggilan beliau adalah kira-kira dua tiga hari sebelum karangan ini ditaip. Seperti dulu, perkataan "with held" muncul pada skrin telefon bimbit saya semasa panggilan masuk. Pada ketika itu, telefon bimbit saya mengalami masalah litar dalaman. Saya dapat mendengar dengan jelas beliau memberi salam berkali-kali, tetapi beliau tidak dapat mendengar saya menjawab setiap salam beliau. "Allaaah..," saya mendengar beliau mengeluh, dan panggilan diputuskan oleh beliau. Kemudian, tidak sampai lima minit, emak saya menghubungi saya melalui sistem pesanan ringkas. Diberitahu olehnya bahawa wanita yang pernah menelefonnya pada hari sesudah ayah meninggal ingin mengetahui nombor telefon saya. Emak memberitahu saya bahawa beliau ingin tahu bagaimana emak saya mendidik saya sehingga Bahasa Inggeris saya berada di tahap ini.
Sebagai orang kampung yang mundur, kolot, dan konservatif, saya tidak faham kerana orang sekarang terlalu memandang tinggi seseorang berdasarkan kebolehan Bahasa Inggerisnya. Kata ahli falsafah yang kamu sendiri tidak mahu kenal, "cakap orang putih tidak semestinya pandai, cakap macam rempit, lu rempit lah juga."
Dalam dunia serba moden ini, saya melihat ibu bapa moden terlalu mementingkan anaknya pandai Bahasa Inggeris dan juga lulus cemerlang dalam peperiksaan sekolah rendah dan menengah, melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi dalam bidang-bidang bertaraf eksklusif dan profesional seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang, dan penerbangan, sehingga mendapat pekerjaan yang gajinya lumayan dalam bidang masing-masing.
Oh sungguh berpelajaran si polan itu, si anu ini, kata kamu.
Secara peribadi, I don't give a damn. Saya memandang tinggi seseorang berdasarkan ilmu agamanya. Terlalu mengejar hebat dunia sehingga kamu (ya kamu) lupa tanggungjawab kamu memberi anak kamu pengajian agama. Bila besar, anak kamu jadi manusia liberal bangang yang tidak reti bahasa, yang tidak tahu beza "samak dan sertu", "mani dan mazi", "haid dan nifas".
Bahasa Inggeris menggunakan sistem tulisan roman. Dahulu, Bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi. Semasa zaman penjajahan orang Barat, tulisan asal Bahasa Melayu ditukar kepada tulisan roman. Hari ke hari, tulisan jawi dilupakan. Akibatnya, kitab-kitab Melayu lama (hikayat-hikayat dan kitab-kitab agama) yang ditulis dalam tulisan jawi tidak dapat dibaca oleh generasi sekarang. Justeru, kitab-kitab ini terus dilupakan. Maka wujudlah generasi moden yang hanya mampu baca buku yang bertulisan roman, khususnya buku berbahasa Inggeris.

Oleh kerana mahu kelihatan intelek, buku-buku moden diagung-agungkan walaupun isinya bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh kerana mahu kelihatan intelek, blogger-blogger bangang mula mengambil kata-kata hikmah dari pemikir-pemikir Greek kuno sebagai dalil dan nas, dan pembaca-pembaca jahil lain yang dari kecil dididik dengan falsafah "adik belajar rajin-rajin tau, nanti jadi doktor" mula berkata "wah that's so true!"

Jika tidak bersetuju dengan idea saya, jangan berkawan dengan saya. Kehilangan kamu dalam hidup saya adalah seperti hilangnya kudis daripada luka kemalangan kecil. Di lutut saya.

25 comment(s):

  1. saya mahu kongsi di fesbuk entri ini!

    ReplyDelete
  2. Boleh kawan juga walaupun ada benda yang mungkin tak dapat di persetujui bersama! Kena baik sangka selalu;)

    ReplyDelete
  3. Belajar tinggi-tinggi tahap PHD. Tapi sayang, rambut sehelai tidak dapat ditutup.

    Belajar tinggi-tinggi tahap PHD. Tapi sayang, terlupa nak sujud menyembah Tuhan.

    ReplyDelete
  4. Strange, I was having the same thoughts. Obviously I worry about the way hikayat and malay legends disappear. I am now trying hard to read syair in the jawi format as this is the origin and many are kept in museums in this format still.

    Kadang kala terdetik hati berfikir, mengapakah hikayat Melayu, tradisi Melayu (wayang kulit, makyung, wau dsb) dipinggirkan dari aktiviti pelancungan negara. All you see is food, flora fest and shopping. Adakah kerana aktiviti kebudayaan ini terlalu berunsurkan Kemelayuan dan menyerlahkan budaya terawal di bumi ini adalah budaya dan bahasa melayu polinesia?

    Pantun telah lenyap
    Ditelan zaman
    Syair lama lesap
    Adakah berterusan

    Inikah namanya
    Ethnic cleansing halus
    Tak disedari kita
    Bangsa terus haus

    Kering kontang.

    ReplyDelete
  5. Jawahir,
    Everything happens for a reason. But nobody cares to find the root cause of it, for fear of being judgmental. In the modern world philosophy, being judgmental is a sin.

    ReplyDelete
  6. Ninotaziz,
    Orang kita sudah tidak tahu asal usul. Kitab asal-usul telah dilupakan. Kitab asal-asal palsu pula diagung-agungkan.

    ReplyDelete
  7. kudis di lutut boleh hilang... kudis dihati?

    ReplyDelete
  8. Anonymous,
    Apabila ingin mengaitkan "di" dengan tempat, harus dijarakkan perkataan tersebut dengan nama tempat. Yang betul adalah "di hati".

    Kudis di hati?

    I don't know. I don't care.

    ReplyDelete
  9. Buat pertama kalinya saya dapat menghayati penulisan saudara dalam Bahasa Melayu. Walaupun ada sedikit kesalahan kata dan struktur ayat namun penulisan kali ini membuka ruang yang lebih luas untuk mengenali saudara... :)

    Connie

    ReplyDelete
  10. Connie,
    Se-sunggohnya saya senantiasa berusaha untuk memperbaik penggunaan Bahasa Melayu saya.

    ReplyDelete
  11. "Sesungguhnya.." "Sentiasa" "Memperbaiki".. ^^v

    Connie

    ReplyDelete
  12. Dikembalikan... ;)

    Connie

    ReplyDelete
  13. Connie,
    "Se-sunggohnya" adalah ejaan rumi lama.

    "Senantiasa" juga adalah penggunaan Bahasa Melayu lama.

    "Memperbaiki" atau "memperbaik" itu saya tidak pasti. Akan tetapi, dalam undang-udang Bahasa Melayu moden, apabila kita ingin menggunakan "memper" untuk dicantum dengan kata adjektif/sifat, hasilnya tidak boleh jadi "memperbaiki" sebaliknya "memperbaik". Begitu juga dengan hal lain, "memperbesar", "memperkecil", "memperhebat", "memperindah", dan sebagainya. Sementara itu "memperpanjang" bunyinya agak janggal berbanding "memanjangkan".

    :D

    ReplyDelete
  14. "memperbaik" tidak diiktiraf sebagai kata terbitan daripada kata dasar "baik" di dalam struktur Bahasa Melayu Moden. Kata sifat "baik" dengan penambahan "i" menjadikannya sebagai kata kerja "baiki", lantas antara penambahan-penambahan yang dibenarkan kepadanya termasuklah "memper", "per", "peng/pem" dan "di". Oleh yang demikian, kata terbitan yang betul ialah "memperbaiki".

    ReplyDelete
  15. Budi Rijali,
    Oh kalau begitu memperbaiki datang daripada kata kerja "baiki", bukan kata adjektif "baik".

    I see... I told ya I wasn't sure about that "memperbaiki" word.

    "Memperbaiki" atau "memperbaik" itu saya tidak pasti

    So I was in the safe zone. Keh! Keh! Keh!

    Oh ya, sepatutnya "dalam" bukan "di dalam" bukan? Rujuk: "di dalam struktur Bahasa Melayu Moden"

    ReplyDelete
  16. Yes, you're correct there, "dalam", not "di dalam". Thank you.

    ReplyDelete
  17. Thanks Budi.. :)

    Connie

    ReplyDelete
  18. Connie,
    I don't care. I still win.

    ReplyDelete
  19. maybe people forget about the malay hikayats because they don't have value anymore. because the issues in the materials are no longer relevant?

    ReplyDelete
  20. erm, your english is quite bad. but you should be happy because there are people with worse english than yours! you'll still be complimented for having better english as long as they exist, be merry!

    ReplyDelete
  21. Anonymous,
    Hikayats only? How about sejarah melayu? Kitab asal-usul orang melayu? Nak rujuk kitab apa? Nak kata Salatus Salatin sebagai rujukan utama? Sedangkan penulis Salatus Salatin masih diragui apa hubungannya dengan Sultan. Hikayat Hang Tuah pun macam-macam versi, semua ditulis penulis upahan penjajah.

    ReplyDelete
  22. Anonymous,
    Ada aku mengaku bahasa inggeris aku hebat ke weh?! Ada aku suruh ko evaluate english aku ke?!

    "Namun saya tidak pasti adakah itu pujian ikhlas atau sindiran. Ini kerana, saya tahu kebolehan saya menulis dalam Bahasa Inggeris tanpa kesalahan tatabahasa masih berada di tahap yang membimbangkan. Saya tahu ini kelemahan saya, dan saya sentiasa mahu memperbaikinya."

    Ko tak baca apa yang aku tulis tu? Tak baca? Baca tak?!

    Ko tiba-tiba nak sentuh pasal english aku pasal apa? Sebab ko butthurt dengan idea aku eh? Bangang. Dah la tulis mode anonymous.

    ReplyDelete
  23. maybe people forget about the malay hikayats because they don't have value anymore.
    Anon 23rd Nov 4.29pm

    Don't have value? To whom? Of course thay have value to the Malays. Just as much as the Chinese ancient text have value for the Chinese and Javanese text have value for the Javanese. Actually, the value is for the whole world as these are thecollective memories ofmankind. As important as the value of William Shakespeare's writings (17th century)- which by the way are not as old as the Malay Hikayats (16th century). Why is the Mona Lisa valuable? Because it is part of history.

    ReplyDelete